Assalamualaikum semua,
Selamat Menyambut Maulidur Rasul atau Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W pada hari ini 15 Februari 2011. Sudah lama hasrat nak 'create' blog ini atas tujuan untuk 'explore' sesuatu yang baru iaitu perniagaan online disamping sifat ingin mencuba yang terlalu kuat dalam diri. Di hari yang berkat ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim akan diusahakan apa yang terpendam selama ini.
Barangan yang di upload untuk diniagakan disini merupakan barang-barang terpakai sahaja seperti pakaian dan keperluan lain yang masih dalam keadaan baik. Semua harga barangan yang dijual adalah berharga dari RM10 ke RM50 sahaja tetapi tidak termasuk harga pos. Setakat ini semua barangan yang diniagakan juga merupakan koleksi peribadi saya sendiri tetapi masih dalam keadaan yang elok. Kemungkinan untuk menjual barangan terpakai dari sumber lain akan juga cuba dilaksanakan.
Tips urusniaga:
1. Pilih barang yang hendak dibeli (Berdasarkan Kod barangan)
2. Email ke dygrosmawati@ymail.com atau SMS ke 0135699914 untuk mengesahkan samada barangan tersebut masih 'available'.
3. Tunggu 'confirmation' mengenai status barangan tersebut.
4. Sekiranya barangan tersebut 'available' pembeli perlu melakukan pembayaran secara atm deposit /fund transfer secara on9 banking ke akaun CIMB 11050065572522.
5. Barangan hanya akan dikirimkan setelah bayaran penuh dibuat dan bukti pembayaran di Email atau SMS.
6. Masa untuk mengirimkan barangan yang dibeli adalah pada hari Rabu setiap minggu.
7. Kaedah penghantaran pos biasa RM6 & poslaju minimum RM6 (bergantung pada berat barang & saiz & berbeza untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak)
7. Kaedah penghantaran pos biasa RM6 & poslaju minimum RM6 (bergantung pada berat barang & saiz & berbeza untuk Semenanjung, Sabah & Sarawak)
Selamat berurusniaga! buatlah pilihan dengan bijak, sesuai dengan kemampuan dan berbaloi untuk wang anda! Selamat membeli-belah! :)
Wassalam & Lots of Lov3
3ma rosm4
No comments:
Post a Comment